Powered By Blogger

Thursday, 10 November 2016

This is Terengganu .. Guane gamok awok kiter


Ramai kawan saya tanya kat mana tempat yang saya selalu pergi kat Terengganu. Oleh sebab saya anak jati Terengganu yang asalnya dari kecik hingga besar tinggal kat sini, jadi saya akan kongsikan lokasi tempatnya ye.. hehehe


Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk memang dikenali ramai. Orang-orang yang datang ke Terengganu memang tak sah kalau tak ke sini. Umum diketahui, Terengganu dikenali sebagai warisan pesisir pantai . Pantai ni popular kat Terengganu. Lokasinya betul-betul kat tengah bandar. Apa yang lainnya kat pantai ni, dia punya playground agak besar siket dari tempat lain. Jika ingin mengajak keluarga beriadah kat sini, amatlah sesuai.





Kalau ada yang berkeinginan nak pusing kawasan pantai naik kuda, bolehlah datang ke sini..Tak mahal pon. Hanya RM5 jer seorang. Nak selfie dgn kuda-kuda ni pon boleh. Tapi, sekejap je la dia round. Dalam 3-4 round jelah. Ok la kan. boleh lah jugak rasa naik kereta kuda macam cerita-cerita cinderella tuu .. acecehh





Dah letih-letih naik kereta kuda, mestilah dahaga dan lapar kan.. Haa, ni ada tempat makan berdekatan pantai. Ikan celup tepung, Sotong celup tepung, Keropok lekor pon ada kat sini. Tapi, mahal siket la jika nak dibandingkan dengan harga kat kawasan tempat lain kat Terengganu. Mungkin sebab dekat ngan pantai kot. Entahlah.. hehehe





Terasa lapar lagi ? takpa, jangan risau. Banyak gerai dibuka kat sini. Nak tanya, pernah makan sate ikan dok? kat pantai batu buruk ni, memang ramai orang jual sate ikang ni . Pilih jer nok gi kedai mana. Tu sate ikang 2 rasa. sedap tuu.. hehehe

Kalau nak jalan makan angin bersama keluarga, bolehlah bawak datang sini. Memang best, dengan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa pada waktu petang, santai sangat.. 

Selamat berkunjung ke negeri sang penyu gais ! hehehe

6 comments:

  1. Pertama kali dengar sate ikan. Dahlah sate ikan, lepas tu ada dua rasa. Menarik ni. Bakal mencubanya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tak pernah dgr la kena cuba tu . Nnti dtg ganu , sila lah mncuba yer .. 😁

      Delete
  2. wah. pantai.. seronoknya. suka pantai. nanti kalau ada rezeki kita datang ganu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best . nnti boleh la round pantai naik kuda ..😁

      Delete
  3. Weh ika.. Sedak tu sate ikang.. Bawak2lah sini biler balik kg yeeee.. Aq dak selangor je 🙊🙊

    ReplyDelete
  4. Weh ika.. Sedak tu sate ikang.. Bawak2lah sini biler balik kg yeeee.. Aq dak selangor je 🙊🙊

    ReplyDelete